Sunday, January 13, 2013

Mancing Main-Main 6  ( Pembukaan Tirai 2013 ) 13.01.2013



( ni gambar lama ni.. )



Persediaan memang TIADA lah utk sesi mancing main2 kali ni.. cuma panduan pasang surut dari Google & masa ikan aktif mencari makanan jak yg membuatkan naluri kecil ini merasakan "aku kena GT ni hari ni klu mancing"... keputusan utk memancing dibuat sejurus mengUPDATEkan status di wall FB seawal jam 5:50am tadi..


Sebaik jak menyahbekukan umpan udang yg siap dikupas ( ntah brapa lama dah berperam dlm freezer,mgkn sebulan kot?? ) aku menyiapkan diri,bersarapan & mengejutkan "org rumah" yg sedang tidur... "Aku mancing kejap ni.. cari GT...!!! " "Org rumah" hanya mengangkat kening,tanda kebenaran diberikan padaku...


Sememangnya,Senjata2 ku suda siap tersedia di dlm kreta.. jadi tidak lah memberi tekanan kepada ku setiap kali berniat utk turun memancing.. kenderaan dipacu sederhana kerana keadaan trafic lalulintas di bandar pada masa itu tidak lah sesibuk mana... 10 minit sahaja,aku suda tiba di spot tanpa halangan...












Terlampau "Tohor" kata ku dalam hati setiba nya di spot.. kenyataan ku disokong oleh beberapa pemancing yg tiba dahulu drpd aku... kami berbual2 kosong sebelum aku membiarkan mereka mergerak maencari spot yg mereka inginkan... aku tidak tergesa2 menyiapkan senjata ku malah duduk memerhatikan kelibat mereka...  sebaik mereka memulakan aksi mereka,baru lah aku menyiapkan senjata ku...



utk sesi main2 ni,aku hanya mempertaruhkan set spinning SHIMANO SIENNA 2500 FD & rod Abu G Tournament Classic 10-20lbs,tangsi V-FOX 15lbs berdiameter 0.22mm klu x silap lah... reel ni baru jak sebulan aku gunakan selepas reel sebelum ini Tomman 1005 tidak dapat memberikan prestasi terbaik selepas 5 tahun digunakan & kali terakhir digunakan apabila berjaya menaikkan/dibelasah GT 500grm di spot yg sama.. Reel Shimano ni suda merekodkan hasil yg baik sebaik sahaja disarungkan ke rod ABU G beberapa minggu lepas tapi tidak lah sebesar mana pun..


Masa sewaktu umpanku mencecah air menunjukkan jam 6:45am.. sebaik meletakkan set pada rod holder yg dipacakkan pada celahan batuan,joran  bergetar2 menandakan umpan suda "diusik" penghuni dasar.. aku hanya membiarkan sahaja sehingga "penghuni dasar" tersebut habis memakan umpan ku.. hanya selepas dalam 4,5 kali aku memasang umpan pada apollo 3 mata ku barulah aku mula bersedia utk menyentap set joran ku utk memerangkap c penghuni dasar yg sebenarnya seekor krapu 150grm... keheningan pagi dipecahkan oleh suara2 pemancing yg awal tiba drpd aku tadi yg mana mereka belum lagi mendapat sebarang strike walaupun lebih dahulu merendamkan umpan... mereka berempat mula bergerak menghampiri spot ku sejurus selepas itu & mula berbual2 semula dengan ku...


adalah beberapa kali aku memasang umpan pada apollo 3 mata ku sebelum c ketam suri pulak menjadi mangsa tetapi tidak berjaya didarat kan... keyakinan terhadap apollo yg telah luka disepit oleh ketam adalah 50-50 tetapi aku tetap yakin,(klu setakat GT 1KG ni,belum putus jgk ni... ) Umpan dipasang dan dilabuhkan...


Arus pasang mula bergerak laju masa tu... gerombolan sampah,ranting2 kayu sentiasa mengenai mainline yg "terjulur" di muka air... aku agak jauh dari set joran ku.. agak2 dalam 4-5 meter serta  dihalang oleh pagar kayu... Tiba2,aku terdengar bunyi loceng aku aku pasang pada hujung joran ku.. berbunyi lantang tanpa henti... sebaik kepala dipalingkan,rod suda tunduk (setunduk-tunduk nya lah - bahasa apa daa aku pakai ni ) ... drag yg tidak berbunyi AMAT merisaukan aku... takut putus...!!! "matilah2 !!! ) kataku dalam hati... Larian c penghuni dasar  ( cam la ikan ada kaki mau berlari ) tidak lah selaju mana tapi benaman nya -
" HUH !! KERAPU BESAR NI... KERAPU2 !!! kelibat mangsa belum kelihatan walaupun menghampiri tebing batuan tetapi tiba2,mangsa dengan laju melarikan diri menjauhi tebing menghala ke sebuah lubuk...



( kedua-dua gambar ni aku amik sebelum memancing tadi... memang suda ku agak,lubuk ikan ni.. )


Gambar menunjukkan ikan menghala ke lubuk tersebut... Sah memang kerapu ni... Mangsa berjaya membawa umpan ke lubuk... aku cuba menarik tetapi tiada sebarang pergerakkan tangsi... SANGKUT..!!!! " Lambat ba...!! " kata ku pada pemancing lain sambil mereka terpinga2 melihat situasi ku pada masa itu... 
Aku naik kembali ke tebing atas utk menukar posisi ku.. Sambil "mengendurkan" mainline,mangsa cuba utk melepaskan diri... Aku menyentap joran lagi & mula mengarau reel... " KELUAR SUDA.. KELUAR SUDA..!! Tindakan mangsa utk keluar drpd tempat persembunyian nya amat lah salah!! Dan ternyata mangsa tersebut tewas setelah hampir 10 minit bertarung... Hampir di tebing barulah kami semua terkejut... Rupa nya Sang GT yg merupakan mangsa tersebut... Aku mulai tersenyum sebaik mangsa berada di dalam gengaman ku...



Sebaik mata kail dilucutkan,sesi menimbang dijalankan...( x sah klu pemancing x timbang ikan yg berjaya didarat kan ) Jarum timbangan (yg sentiasa di CALIBRATE ) menunjukkan 650grm... Berat yg dikira BOLEH dibanggakan utk pancingan "siring2" tepian begini... Syukur... Ada jgk bikin lauk fresh tengahari nnt...!!

Sesi Mancing Main-Main ni diteruskan lagi sehingga muncul nya seorang yg mengaku diri nya SECURITI tempat tu... Dengan kata2 yg memang KURANG AJAR & KASAR (siapa2 dengar pun memang bikin panas punya lah!!! ) kata nya - " KAMU DARI MANA NI ???? DI SINI NDAK BOLEH MEMANCING..!!! PIGI...!!!! huh,punyalah!!! kami pun,apa lagi!!! kemas barang... Chau..!!! aku sebenarnya tau tempat tu adalah kawasan larangan,tapi kamu faham2 jak lah... TIADA YG DAPAT MENGHALANG KEINGINAN SESEORANG ITU UTK MELUNASKAN KEINGINAN MEMANCING NYA... cuma "ORANG RUMAH" jak yg mampu.. heheheeeeeee

Akhir sekali,MAJU LAH AKTIVITI RIADAH MEMANCING UNTUK KITA SEMUA... UTAMAKAN KEBERSIHAN SPOT MEMANCING KITA.. JANGAN MEMBUANG SAMPAH,KULIT UDANG,SISA2 UMPAN,TANGSI MERATA TEMPAT... Terima kasih kerana sudi baca blog yg x seberapa ni... Ikan pun x la sebesar mana!!! cerita jak banyak!!! kihkihkih.... TQ2..





( Home made Sweet & Sour 650grm GT )


7 comments:

  1. Terbaik!

    Http://rodlentuk.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. best ar bro...kawasan larangan pun kena langgar ...hahahaha.....terbaik

    ReplyDelete
  3. Terima kasih bro2 sekalian kerana sudi melawat blog saya ni.. Saya sibuk sangat sepanjang tahun ni sampai blog pun x terUpdate dah.. Saya sedang cuba mengumpulkan gambar2 hasil pancingan tepian sepanjang tahun ni utk d masukkan dlm blog akan dtg.. Terima kasih..

    ReplyDelete
  4. mmg betul2 kota larangan ni bro, kau nda takut ka kena tembak dgn meriam kapal tu? ish ish ish....

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagi la Larangan,lagi lah b'ikan bro..!!! kihkihkihhh... kaki pancing ni,sedangkan hantu pun dia x takut,ini kan meriam kapal ????? ish3x...!!! hahahahaaaaaa

      Delete
  5. Yang mana dilarang disitula yang sedap..hahaha

    ReplyDelete