Thursday, June 16, 2011

Mancing Main-Main 4.. ( Pulau Bai )

( 12.06.2011 ) teda perancangan rapi di buat untuk trip ni.. sebab pada pandangan aku,air surut laju 'kunun'... sebelum aku ikut trip ni,ada lah 2,3 kali aku check pasang surut air di GOOgle utk 'mengkaji' hasil yg 'kunun2' akan diperolehi sekiranya aku ikut trip ini.. hari khamis sebelum trip ni,ada jgk aku tjmpa c PETER yg bilangnya air cantik 'kunun'.. "SURUT Tapi slow"... lantas kata2 itu terus berlegar-legar di minda sehinggalah aku mengikuti trip ini..



trip yg dianjurkan oleh SINSANG ini sebenarnya sudah penuh oleh peserta tetapi atas ajakan PETER,"ahhh,kau ikut jak bah!! " katanya,jadi aku pun turun la dengan umpan udang kupas yg suda sebulan berperam di freezer.. hantam saja lah!! umpan pun cukup2 jak.. mungkin dalam 30 ekor jak.. tiba di jetti,kapal suda pun sampai & aku pun bergegas naik.. trip kali ni semua nya Orang cina.. kecuali aku jak yg berkulit gelap.. lantas tanpa berlengah,aku meminta kebenaran 2 org yg telah pun "membooking" tempat di belakang kapal untuk menyelit di kedudukan tengah2 belakang kapal untuk memasang senjata ku..


"Bite Rate - bilang c Rodney " memang kurang sekitar jam 10 hingga tgahari tu... cuma aku jak yg belum memperolehi sebarang hasil.. sebelah kanan ku asyik2 tarik gelama... sebelah kiri,sama jgk cam aku.. cuma sekali-sekala ada jgk utik yg melekat.. kerisauan aku mulai membelenggu menjelang jam 1 ptg.. lantas,aku buat perambut baru dengan harapan,ada lah mungkin ikan menjamah umpan ku.. bermacam-macam andaian berlegar-legar di minda aku masa tu.. "mungkin umpan ku ni expired suda kali" kata ku dalam hati.. atau,mgkn perambut ku x panjang kot?? atau mgkn mata kail besar kot??? aku menggantikan perambut sedia ada dengan perambut yg baru siap di buat.. sebaik sahaja umpan dilabuhkan,beberapa ketika,joran bergetar -getar menandakan hasil suda mengena.. "ikan bebolos@ucus" aku pun x pasti nama sebenar nya.. keyakinan terhadap perambut baru mulai memuncak setelah beberapa ekor gelama berjaya didaratkan..

Jam 2 petang tu air mulai tenang menandakan arus pasang akan bermula.. pemancing sebelah kanan aku sudah berjaya menaikkan kerapu anggaran 600gram berumpan kan gelama juvenile.. aku mengira-ngira baki umpan ku.. " tinggal sikit jak ni " kata ku dalam hati.. seekor udang aku bahagi kan kepada 3 supaya "talian hayat" sesi mancing ku panjang sikit.. sambil memotong,aku terdengar rod holder ku berbunyi menandakan ada ikan sedang mematuk2 umpan yg di labuhkan.. sambil memotong,sambil mata ku menjeling-jeling ke arah joran ku.. Tiba-tiba,sekelip mata jak joran ku tunduk tetapi malang nya,tegak kembali tanpa sebarang gerakan.. dalam hati ku sengaja mengatakan "ah,mgkn ikan kecil tu ",.. pemancing di sebelah ku juga turut terkejut dgn situasi tersebut..

aku menggulung reel & memasang umpan baru.. beberapa ketika selepas umpan dilabuhkan,joran yg tegak tunduk tiba2 tetapi tegak kemudian nya tetapi tunduk kembali sambil bergetar2... aku lantas mencabut kluar joran dari rod holder & pada masa tulah,mangsa sedaya upaya cuba melepas kan diri.. naluri kecil ku mengatakan ikan kecil jak ba ni.. sbb pengalaman aku menewaskan glama & kurau seberat 3.7kg tempoh hari amat berbeza dengan yg sedang aku hadapi masa ini... dan hasil nya...


GELAMA 700 gram..

Sesi pancing diteruskan jgk selepas tu & seekor lagi gelama anggaran 1kg berjaya didaratkan oleh pemancing di bahagian depan kapal.. selepas itu,tiada lagi adegan2 menarik melainkan patukan2 ikan utik,utik & seterusnya utik juga sampai ke penghujung trip pada kira2 jam 4:45 petang.. apa2 pun,aku gembira memperolehi hasil ini walaupun "KECIL",namun cukup utk mengubat duka lara selama tidak turun ke laut memancing kira2 4 bulan... Keseluruhan hasil pancingan aku ; Gelama bersaiz 50 gram - 4,
700 gram - 1,
kerapu 200gram - 1,Bebolos/ucus 100 gram - 1

Selamat Memancing,Jumpa Lagi..

No comments:

Post a Comment