Sunday, January 13, 2013

Mancing Main-Main 6  ( Pembukaan Tirai 2013 ) 13.01.2013



( ni gambar lama ni.. )



Persediaan memang TIADA lah utk sesi mancing main2 kali ni.. cuma panduan pasang surut dari Google & masa ikan aktif mencari makanan jak yg membuatkan naluri kecil ini merasakan "aku kena GT ni hari ni klu mancing"... keputusan utk memancing dibuat sejurus mengUPDATEkan status di wall FB seawal jam 5:50am tadi..


Sebaik jak menyahbekukan umpan udang yg siap dikupas ( ntah brapa lama dah berperam dlm freezer,mgkn sebulan kot?? ) aku menyiapkan diri,bersarapan & mengejutkan "org rumah" yg sedang tidur... "Aku mancing kejap ni.. cari GT...!!! " "Org rumah" hanya mengangkat kening,tanda kebenaran diberikan padaku...


Sememangnya,Senjata2 ku suda siap tersedia di dlm kreta.. jadi tidak lah memberi tekanan kepada ku setiap kali berniat utk turun memancing.. kenderaan dipacu sederhana kerana keadaan trafic lalulintas di bandar pada masa itu tidak lah sesibuk mana... 10 minit sahaja,aku suda tiba di spot tanpa halangan...












Terlampau "Tohor" kata ku dalam hati setiba nya di spot.. kenyataan ku disokong oleh beberapa pemancing yg tiba dahulu drpd aku... kami berbual2 kosong sebelum aku membiarkan mereka mergerak maencari spot yg mereka inginkan... aku tidak tergesa2 menyiapkan senjata ku malah duduk memerhatikan kelibat mereka...  sebaik mereka memulakan aksi mereka,baru lah aku menyiapkan senjata ku...



utk sesi main2 ni,aku hanya mempertaruhkan set spinning SHIMANO SIENNA 2500 FD & rod Abu G Tournament Classic 10-20lbs,tangsi V-FOX 15lbs berdiameter 0.22mm klu x silap lah... reel ni baru jak sebulan aku gunakan selepas reel sebelum ini Tomman 1005 tidak dapat memberikan prestasi terbaik selepas 5 tahun digunakan & kali terakhir digunakan apabila berjaya menaikkan/dibelasah GT 500grm di spot yg sama.. Reel Shimano ni suda merekodkan hasil yg baik sebaik sahaja disarungkan ke rod ABU G beberapa minggu lepas tapi tidak lah sebesar mana pun..


Masa sewaktu umpanku mencecah air menunjukkan jam 6:45am.. sebaik meletakkan set pada rod holder yg dipacakkan pada celahan batuan,joran  bergetar2 menandakan umpan suda "diusik" penghuni dasar.. aku hanya membiarkan sahaja sehingga "penghuni dasar" tersebut habis memakan umpan ku.. hanya selepas dalam 4,5 kali aku memasang umpan pada apollo 3 mata ku barulah aku mula bersedia utk menyentap set joran ku utk memerangkap c penghuni dasar yg sebenarnya seekor krapu 150grm... keheningan pagi dipecahkan oleh suara2 pemancing yg awal tiba drpd aku tadi yg mana mereka belum lagi mendapat sebarang strike walaupun lebih dahulu merendamkan umpan... mereka berempat mula bergerak menghampiri spot ku sejurus selepas itu & mula berbual2 semula dengan ku...


adalah beberapa kali aku memasang umpan pada apollo 3 mata ku sebelum c ketam suri pulak menjadi mangsa tetapi tidak berjaya didarat kan... keyakinan terhadap apollo yg telah luka disepit oleh ketam adalah 50-50 tetapi aku tetap yakin,(klu setakat GT 1KG ni,belum putus jgk ni... ) Umpan dipasang dan dilabuhkan...


Arus pasang mula bergerak laju masa tu... gerombolan sampah,ranting2 kayu sentiasa mengenai mainline yg "terjulur" di muka air... aku agak jauh dari set joran ku.. agak2 dalam 4-5 meter serta  dihalang oleh pagar kayu... Tiba2,aku terdengar bunyi loceng aku aku pasang pada hujung joran ku.. berbunyi lantang tanpa henti... sebaik kepala dipalingkan,rod suda tunduk (setunduk-tunduk nya lah - bahasa apa daa aku pakai ni ) ... drag yg tidak berbunyi AMAT merisaukan aku... takut putus...!!! "matilah2 !!! ) kataku dalam hati... Larian c penghuni dasar  ( cam la ikan ada kaki mau berlari ) tidak lah selaju mana tapi benaman nya -
" HUH !! KERAPU BESAR NI... KERAPU2 !!! kelibat mangsa belum kelihatan walaupun menghampiri tebing batuan tetapi tiba2,mangsa dengan laju melarikan diri menjauhi tebing menghala ke sebuah lubuk...



( kedua-dua gambar ni aku amik sebelum memancing tadi... memang suda ku agak,lubuk ikan ni.. )


Gambar menunjukkan ikan menghala ke lubuk tersebut... Sah memang kerapu ni... Mangsa berjaya membawa umpan ke lubuk... aku cuba menarik tetapi tiada sebarang pergerakkan tangsi... SANGKUT..!!!! " Lambat ba...!! " kata ku pada pemancing lain sambil mereka terpinga2 melihat situasi ku pada masa itu... 
Aku naik kembali ke tebing atas utk menukar posisi ku.. Sambil "mengendurkan" mainline,mangsa cuba utk melepaskan diri... Aku menyentap joran lagi & mula mengarau reel... " KELUAR SUDA.. KELUAR SUDA..!! Tindakan mangsa utk keluar drpd tempat persembunyian nya amat lah salah!! Dan ternyata mangsa tersebut tewas setelah hampir 10 minit bertarung... Hampir di tebing barulah kami semua terkejut... Rupa nya Sang GT yg merupakan mangsa tersebut... Aku mulai tersenyum sebaik mangsa berada di dalam gengaman ku...



Sebaik mata kail dilucutkan,sesi menimbang dijalankan...( x sah klu pemancing x timbang ikan yg berjaya didarat kan ) Jarum timbangan (yg sentiasa di CALIBRATE ) menunjukkan 650grm... Berat yg dikira BOLEH dibanggakan utk pancingan "siring2" tepian begini... Syukur... Ada jgk bikin lauk fresh tengahari nnt...!!

Sesi Mancing Main-Main ni diteruskan lagi sehingga muncul nya seorang yg mengaku diri nya SECURITI tempat tu... Dengan kata2 yg memang KURANG AJAR & KASAR (siapa2 dengar pun memang bikin panas punya lah!!! ) kata nya - " KAMU DARI MANA NI ???? DI SINI NDAK BOLEH MEMANCING..!!! PIGI...!!!! huh,punyalah!!! kami pun,apa lagi!!! kemas barang... Chau..!!! aku sebenarnya tau tempat tu adalah kawasan larangan,tapi kamu faham2 jak lah... TIADA YG DAPAT MENGHALANG KEINGINAN SESEORANG ITU UTK MELUNASKAN KEINGINAN MEMANCING NYA... cuma "ORANG RUMAH" jak yg mampu.. heheheeeeeee

Akhir sekali,MAJU LAH AKTIVITI RIADAH MEMANCING UNTUK KITA SEMUA... UTAMAKAN KEBERSIHAN SPOT MEMANCING KITA.. JANGAN MEMBUANG SAMPAH,KULIT UDANG,SISA2 UMPAN,TANGSI MERATA TEMPAT... Terima kasih kerana sudi baca blog yg x seberapa ni... Ikan pun x la sebesar mana!!! cerita jak banyak!!! kihkihkih.... TQ2..





( Home made Sweet & Sour 650grm GT )


Sunday, June 3, 2012

Mancing main-main 5  ( Tembok Besar Sandakan )


29/5/2012
- "confirm ya Wan esok Libaran... kami ON suda 3 org ni... "  " alaa Mon,cancell la.. ni kawan ku 2 org cancell pulak last minit.... "


Salam Sejahtera buat peminat hobbi sukan memancing... Tidak dinafikan,ada jgk antara kita di luar sana pernah mengalami situasi seperti dialog di atas.. Walaupun bukan aku yg organized trip tersebut,sekadar tumpang2 trip org,namun kehampaan amat terasa memandangkan sudah hampir setahun tidak berkesempatan mengikuti sebarang trip mancing di laut.. aku sempat mencari-cari member2 yg bercadang turun ke libaran tapi atas keberatan hati member aku yg 2 org lagi,aku terpaksa membatalkan niat memancing di laut lagi untuk kesekian kali nya..


30/5/2012
Sandakan Tide Table - perkataan 1 aku taip di Google awal pagi tu sblm aku berangkat kluar melunaskan saki-baki kehampaan ku.. "surut pun,surut la..." kata ku dalam hati... set pancing yg suda ready dlm kreta amat menyelesakan aku untuk "melarikan" diri dari rumah... umpan udang 4 (EMPAT) bulan lepas dari freezer aku ambik cepat2 sebelum anak2 ku menyedari yg bapa nya berniat turun memancing... " Di mana ko mancing hari ni.. ??? kata bini tersayang!!!   " Situ,TEMBOK "  ringkas tapi Padat!!!






Tiada sebarang sambaran2 hebat berlaku sehinggalah sampai tengahari... aku dihiburkan oleh sekumpulan pemancing yg lebih fokus terhadap pancingan Ikan Belanak yg tengah ligat berenang2 berhampiran dengan spot ku.. sempat ku jenguk HASIL mereka yg memperoleh dalam 7 ekor Blanak berskala 100gram - 300gram agak nya... Gambar TIDAK sempat diambil... SEBAB!!! Mengikut andaian aku sendiri la,ada di antara golongan pemancing ni yg tidak suka GAMBAR HASIL MEREKA DIAMBIL... sebaik sahaja ikan di simpan dlm ice case atau sabat (jaring ikan) cepat2 dorg akan sembunyikan hasil mereka & cepat2 mereka akan MENYIBUKKAN diri dengan memasang umpan la atau melarikan diri dari kita WALAUPUN KITA MENYAPA MEREKA dengan cara yg AMAT2 SOPAN kalah2 lagi orang Kenamaan... aku sempat melihat umpan yg digunakan - ROTI PAUN GARDENIA... Cukup sinonim dengan pancingan Belanak...

12:10pm
Loceng yg aku klip pada batang joran ke-2 (ROD Abu G - Reel Simano CATANA FB4000) KU berbunyi namun rod tidak melentuk ganas... cuma bergetar2 menandakan Hasil sudah mengena... Reel dikarau selamba memandangkan tiada perlawanan yang  dirasakan mencabar.. melihat kelibat imej berwarna hitam,jelas menunjukkan seekor kerapu yg mengena...




150gram.. Berat yg boleh AKU banggakan untuk DIRI SENDIRI untuk sesi pancingan TEMBOK ini sahaja ya!!! untuk sesi laut pulak,kesian... KECIL BA NIii... heheheheeee
Apapun,aku tetap berpuas hati dengan hasil ini walaupun pada mulanya amat2 mengharapkan GT sebagai sasaran utama.. Sesi pancingan aku teruskan sehinggalah jam 1 petang disebabkan tengkuk ke terasa pedih2 akibat dimamah terik mentari tengahari tu....



31/5/2012
Aku mengajak rakan FB ku Yazid Hilmi & Rodney Tan ke sebuah kedai pancing yg agak famous sekitar Bandar Sandakan ni namun tiada reply drpd mereka.. mgkn sibuk dgn urusan masing2 agak nya... aku sempat membeli sebijik gewang selaman 2.5meter dari kedai tersebut dan terus mencuba nya di spot kemarin... Sebenarnya,malas aku mau menceritakan detik2 gewang baru ku ni disambar kerapu besar disebabkan tiada gambar atau SAKSI2 kukuh yg merakamkan detik aku turun di TEMBOK tu sehinggalah air mencecah pinggang ku... GILA kata ku dalam hati... ikan memang suda nampak dicelah2 batu tersangkut bersama gewang... aku anggarkan sekitar 2kg... MUNGKIN LAH!!! jarak aku dgn ikan tu hanyalah sekitar 1meter shja.. Aku hampir tenggelam akibat terlicin (maklum sajalah,batu2 dalam air kan licin berlumut) dan pada masa itu lah,kerapu tersebut mgkn terkejut dgn kehadiran aku & berjaya melepaskan diri... GILA3x... bukan sbb ikan terlepas,tapi sbb aku memberanikan diri buat pertama kali nya turun di TEMBOK tu sehingga air paras pinggang!!!! apapun,gewang yg baru 2jam di beli selamat jgk... tiada kesan2 ragutan padang gewang ku cuma aku rasa kan mata pancing nya "KURANG" tajam & mgkn kena pada pipi kerapu tu saja tadi.... Adalah beberapa org yg menyaksikan adegan aku tadi menegur & nampak kelibat kerapu tu berjaya melepaskan diri... penutup,aku pulang kebasahan paras perut suda... sempat jgk aku mengalas kerusi kreta ku dgn baju hujan.. takut susah kering & berbau akibat air laut...  huh,hampa lagi...

01/6/2012
KERJA.... wahakakakaaaaaaa



02/6/2012
08:15am   -   "kau mancing lagi ka ni hari??? "soalan pertama dari bini ku sebelum aku turunkan dia ditempat kerja nya..  "Ya!!! TEMBOK"... jelas bibir dimuncungkan tanda ketidak-setujuan nya... aku singgah kejap di pasar besar untuk membeli umpan dengan harapan ada lah GT brjaya didaratkan hari ni...
Hari ni,ramai jgk pemancing2 tegar datang ke tembok dengan harapan yg sama dengan aku.. ada team blanak yg aku gelar,team bottom/siring2 cam aku & team handline... aku seperti biasa ke spot aku.. cuma hari ni,hanya 1 joran yg "hadir" & beberapa set handline sebagai hiburan dikala menunggu sang GT merentap umpan pada set joran...

09:46am  -  nset ku berbunyi... " TEMBOK3x " KATA KU MENJAWAB PANGGILAN TERSEBUT TANPA MENUNGGU SOALAN2 YG bakal ditanyakan kepada ku... 2 org kawan yg juga merupakan anggota trip libaran yg tidak jadi hari tu juga ingin melunaskan kehampaan akibat tidak dapat mengikuti trip tersebut..

10:15am  - sebaik sahaja mereka sampai,aku hidangkan mereka dengan hasil pertama ku kerapu... huh!!! terus kelam kabut dorg mengatur set pancing masing2..





Seterusnya,kami ber-3 menerima strike drpd kerapu... aku berjaya menaikkan kekerapa ekor lagi tetapi terlalu kecil untuk dijadikan hasil mahupun difotokan... selepas itu hanya aku yg sunyi daripada strike.. aku mengubah perambut.. kali ini menggunakan perambut 3 mata ikatan Palomar kesemuanya... air surut semakin laju masa tu... singker no.4 terpaksa digunakan memandangkan singker yg lebih lebih ringan akan hanyut dibawa arus ke tebing tembok yg kesudahan nya,singker & perambut akan tersangkut pada celahan batuan... perambut yg baru aku bikin tu sebenarnya ditujukan kepada Sang Ikan Bersisik Putih sahaja... tetapi kira2 jam 10:15,aku menerima 1 strike tapi kurang mendebarkan... ketika mengarau reel,terasa seolah-oleh sedang mengarau sampah tapi terasa jgk henjutan2 sekali sekala... itu yg sedikit sebanyak menguatkan andaian bahawa Hasil yg sedang dikarau naik ke permukaan... 







Keseluruhan hasil kami pada hasi itu dalam 14 ekor termasuk seekor ikan Pisang2 cuma 9 ekor sahaja kerapu yg diambil memandangkan 5 ekor masih lagi dikategorikan sebagai Kecil & dilepaskan semula ke habitat asal... Hasil 2 org kawan sebanyak 6 ekor akan di UPLOD kan kemudian...

Sesi Mancing Main-Main ini ditamatkan sekitar jam 1:50pm... Kemungkinan,aku akan turun lagi hari ini sekitar petang (03/6/2012) ataupun malam itupun klu Bini mengizinkan... Bah,sampai sini sahaja untuk kali ini, MAJULAH SUKAN MEMANCING UNTUK KITA SEMUA... Terima Kasih kerana sudi membuang masa membaca blog yg tidak seberapa ini...TQ2...



Thursday, June 16, 2011

Mancing Main-Main 4.. ( Pulau Bai )

( 12.06.2011 ) teda perancangan rapi di buat untuk trip ni.. sebab pada pandangan aku,air surut laju 'kunun'... sebelum aku ikut trip ni,ada lah 2,3 kali aku check pasang surut air di GOOgle utk 'mengkaji' hasil yg 'kunun2' akan diperolehi sekiranya aku ikut trip ini.. hari khamis sebelum trip ni,ada jgk aku tjmpa c PETER yg bilangnya air cantik 'kunun'.. "SURUT Tapi slow"... lantas kata2 itu terus berlegar-legar di minda sehinggalah aku mengikuti trip ini..



trip yg dianjurkan oleh SINSANG ini sebenarnya sudah penuh oleh peserta tetapi atas ajakan PETER,"ahhh,kau ikut jak bah!! " katanya,jadi aku pun turun la dengan umpan udang kupas yg suda sebulan berperam di freezer.. hantam saja lah!! umpan pun cukup2 jak.. mungkin dalam 30 ekor jak.. tiba di jetti,kapal suda pun sampai & aku pun bergegas naik.. trip kali ni semua nya Orang cina.. kecuali aku jak yg berkulit gelap.. lantas tanpa berlengah,aku meminta kebenaran 2 org yg telah pun "membooking" tempat di belakang kapal untuk menyelit di kedudukan tengah2 belakang kapal untuk memasang senjata ku..


"Bite Rate - bilang c Rodney " memang kurang sekitar jam 10 hingga tgahari tu... cuma aku jak yg belum memperolehi sebarang hasil.. sebelah kanan ku asyik2 tarik gelama... sebelah kiri,sama jgk cam aku.. cuma sekali-sekala ada jgk utik yg melekat.. kerisauan aku mulai membelenggu menjelang jam 1 ptg.. lantas,aku buat perambut baru dengan harapan,ada lah mungkin ikan menjamah umpan ku.. bermacam-macam andaian berlegar-legar di minda aku masa tu.. "mungkin umpan ku ni expired suda kali" kata ku dalam hati.. atau,mgkn perambut ku x panjang kot?? atau mgkn mata kail besar kot??? aku menggantikan perambut sedia ada dengan perambut yg baru siap di buat.. sebaik sahaja umpan dilabuhkan,beberapa ketika,joran bergetar -getar menandakan hasil suda mengena.. "ikan bebolos@ucus" aku pun x pasti nama sebenar nya.. keyakinan terhadap perambut baru mulai memuncak setelah beberapa ekor gelama berjaya didaratkan..

Jam 2 petang tu air mulai tenang menandakan arus pasang akan bermula.. pemancing sebelah kanan aku sudah berjaya menaikkan kerapu anggaran 600gram berumpan kan gelama juvenile.. aku mengira-ngira baki umpan ku.. " tinggal sikit jak ni " kata ku dalam hati.. seekor udang aku bahagi kan kepada 3 supaya "talian hayat" sesi mancing ku panjang sikit.. sambil memotong,aku terdengar rod holder ku berbunyi menandakan ada ikan sedang mematuk2 umpan yg di labuhkan.. sambil memotong,sambil mata ku menjeling-jeling ke arah joran ku.. Tiba-tiba,sekelip mata jak joran ku tunduk tetapi malang nya,tegak kembali tanpa sebarang gerakan.. dalam hati ku sengaja mengatakan "ah,mgkn ikan kecil tu ",.. pemancing di sebelah ku juga turut terkejut dgn situasi tersebut..

aku menggulung reel & memasang umpan baru.. beberapa ketika selepas umpan dilabuhkan,joran yg tegak tunduk tiba2 tetapi tegak kemudian nya tetapi tunduk kembali sambil bergetar2... aku lantas mencabut kluar joran dari rod holder & pada masa tulah,mangsa sedaya upaya cuba melepas kan diri.. naluri kecil ku mengatakan ikan kecil jak ba ni.. sbb pengalaman aku menewaskan glama & kurau seberat 3.7kg tempoh hari amat berbeza dengan yg sedang aku hadapi masa ini... dan hasil nya...


GELAMA 700 gram..

Sesi pancing diteruskan jgk selepas tu & seekor lagi gelama anggaran 1kg berjaya didaratkan oleh pemancing di bahagian depan kapal.. selepas itu,tiada lagi adegan2 menarik melainkan patukan2 ikan utik,utik & seterusnya utik juga sampai ke penghujung trip pada kira2 jam 4:45 petang.. apa2 pun,aku gembira memperolehi hasil ini walaupun "KECIL",namun cukup utk mengubat duka lara selama tidak turun ke laut memancing kira2 4 bulan... Keseluruhan hasil pancingan aku ; Gelama bersaiz 50 gram - 4,
700 gram - 1,
kerapu 200gram - 1,Bebolos/ucus 100 gram - 1

Selamat Memancing,Jumpa Lagi..

Monday, March 21, 2011

Mancing Main-Main 3

Hujan hujan hujan... Tiada harapan la ni mau pigi mancing esok.. klu diikutkan,kemarin kami ada trip mancing tapi setelah terdengar berita ramalan cuaca yg menyatakan angin & hujan akan berlaku,kami cancell trip tersebut serta merta..

Aku menjenguk keluar jendela sambil mengarang blog ni... "Betul2 tiada harapan ni klu cuaca begini... Mo jalan pun hujan.. Mancing?? Jgn crita lah" kata ku dalam hati.. Terlintas di fikiran mengabadikan gambar2 lama sesi mancing ku dulu2 dlm blog ni... Ok lah sambil2 "mengayun" anak ku yg ke-2 ...



Ok.. Ni lah hasil pancingan ku yg pertama yg membawa aku lebih jauh dalam hobi memancing ni.. Aku rasa,klu bukan GT ni lah yg aku dapat 1st Time tu,sampai bila2 pun mungkin aku tidak tau hobi mancing ni..  Aku lupa dah bila tarikh sebenar kami mancing ni.. aku ada buat 1 list dalam jadual air hari tu tapi ntah p mana suda.. cuma yg aku ingat,ni tahun 2007.. Dan sejak ini lah,aku mula "GILA" suda memancing sekaligus memadamkan hobi terdahulu ku "berGITAR"...

Kawasan berhampiran Pulau NUNUYAN.. ( ikan Sapi-Sapi - panggilan tempatan 500gram )


Semenjak itu lah,aku pandai organized trip mancing.. Dan memandangkan rumah ku berhampiran dgn kawasan bandar yg juga berada betul2 di tepi laut,maka pandai suda aku kluar malam mencari port mancing strategik..






Itu lah antara beberapa spot2 strategik aku satu ketika dahulu.. Sekarang jarang suda turun mancing kwsn trsbt atas beberapa faktor tertentu.. Berikut merupakan hasil pancingan aku sebelum aku "mengena" ikan besar spti kurau & gelama pada blog sebelum ni...












Tuesday, December 21, 2010

Mancing Main-Main 2..

19.12.2010... awal pagi bangun jam 6.. semangat membara sebab lebih kurang 5 bulan nda ikut trip mancing di laut.. set pancing bawa yg ala kadar jak.. asal ada.. joran 1,handline 1.. tu jak.. pas atur bekal makanan & air minuman terus bergegas bergerak ke jetty pasar jumpa dengan c PETER organizer trip hari tu..

Perjalanan ke spot pertama mengambil masa lebih kurang 20minit dari jetty.. air masih kelihatan pasang setiba nya kami di spot..  tidak banyak hiburan yg dapat kami rasa kan sebaik jangkar di labuh kan.. hanya beberapa ekor gelama kecil sudi 'menghantam' umpan kami..Cuma  Jivoh,member FACEBOOK yg baru shja jumpa di KARNIVAL PANCING SANDAKAN sehari sebelumnya dapat menaikkan 2 ekor kerapu dlm 200gram seekor..

Memang boring mancing time tu.. Terlalu banyk "getuan2 / patukan2 " halus kena pada set mancing kami.. sekali sentap,klu bukan gelama kecil,umpan habis.. Gitu jak la.. Tapi,lebih kurang 10:30 pagi,masa tu bunga surut,tidak sangka,patukan halus yg di sangkakan ikan kecil rupa nya yg menghantam ikan besar.. aku panik sekejap sbb menyangkakan pancing org bahagian depan kapal berbelit dengan set pancing aku tapi selepas beberapa kali merasakan 'benaman/hantaman' yg luar biasa,naluri kecil membisik mengatakan "IKAN BESAR" ni..!!!!

Set spinning SHIMANO FB4000 berdesit laju.. Cosmack sempat menegur " kasi ketat sikit drag"... Joran AWASHIMA SA-TI-KA 30lbs melentur hebat.. Tangsi V-FOX 50lbs menegang.. Muka control padahal hakikat nya,kaki bergegar-gegar.. Dalam hati mengatakan,"silap2,putus ni"... Pengalaman aku berlawan dgn ikan besar belum bnyk lagi.. "Rileks2" KATA KU DLM HATI.. Lebih kurang 10 mint bertarung,kelihatan bayang2 berkilat pada permukaan air.. "TALANG!!! " teriak ku sambil diikuti beberapa org lain.. tapi,sebaik sahaja ikan tu timbul kepenatan,jelas GELAMA BESAR yg menghantam set pancing ku.... Tekong kapal membawa "siut" dan mendarat kan ikan di atas kapal... Dengan segera,Cosmack bersuara..  "POSING dulu.. Gambar kasi masuk FACEBOOK... Selepas gambar diambil,sesi menimbang pula dijalankan dengan berat 3.7kg..



Promo.. Gambar diambil oleh Cosmack...  heheheheeee

Promo... Boga Grip yg digunakan milik Cosmack.. Terima Kasih diucapkan pada Cosmack..

Aku berehat seketika sambil melihat2 keadaan sekeliling sebelum memulakan sesi baru.. Perambut diperhatikan... "Masih ok ni.. Nnt la baru tukar baru di spot no.2" kata ku dalam hati... keadaan kembali seperti sediakala di mana patukan2 halus sentiasa bermain pada set pancing kami.. beberapa ekor gelama kecil jgk menjadi hiburan sebelum kami berganjak ke spot kedua lebih kurang jam 12 tengahari..


Di spot kedua,belum pun sempat jangkar dilabuhkan,kami sudah pun melabuhkan umpan ke laut.. kata Cosmack..  "ni kali lah.. SWEET LIPS.. BIBIR MANIS"... sama seperti aku,walaupun sudah mendaratkan GELAMA 3.7kg tapi masih mengharapkan ikan KACI yg akan dibawa pulang... SAMA JUGAK!!! Patukan halus & gelama kecil jgk yg sudi menghntam set pancing kami... Cosmack akhirnya ke Kabin Boatman untuk berehat.. Mungkin boring kali sebab kurang hiburan... Dia tertidur nyenyak tanpa gangguan.. Jivoh tetap diam sambil tersenyum simpul.. aku respect jgk kat member ni sbb walaupun kurang hiburan,dia tetap rileks.. tidak banyak songeh..Ni baru la dianggap "ANGLERS" sejati... 

Beberapa kali jgk lah kami tukar spot berhampiran tapi sama jgk hasil nya.. Tetapi,tiba-tiba ribut bahagian depan kapal.. kami yg di belakang hanya sempat melihat ikan didaratkan di atas kapal.. Huh,BESAR NYA.. aku cepat2 membawa timbangan.. "Gelama jgk!!! Timbang dulu Taiko.. 3.4kg... Anak kepada Apek (nama yg kami panggil) yg berjaya mendaratkan ikan tersebut... Dia hanya tersenyum simpul.. Gambar tidak sempat diambil... Hampehh!!!


Kami berpindah spot lagi tapi berhampiran situ jgk... SAMA JUGAK NI!!!.. Patukan halus & gelama kecil jgk... Cosmack bangun sudah.. terus mencapai joran & menggantikan umpan yg sudah kering terjemur.. aku sampai berbaring pada longgokan pukat di belakang kapal tu sbb penat duduk mencangkung.. sambil memerhatikan hujung batang joran yg asyik2 bergetar-getar dipatuk ikan kecil sangkaku dalam hati... GERAM NYAAA..!!! Aku melaraskan batang joran supaya betul2 mendapat "angle" yg sesuai untuk menyentap sekuat hati... "Ni kali lah.. Mati la kau ikan kecil" sebut ku perlahan.... Sedang aku "stanby" menyentap,tiba2,patukan halus hilang... Cuma sekali dua yg ada.. aku masih dalam keadaan stanby masa tu.. 1,2,3 patukan halus... sebaik sahaja patukan ke4,aku terus menyentap sekuat hati  & memerhatikan joran yg tegak di atas badan ku yg tengah berbaring time tu... Sekelip mata sahaja,joranku melentur dengan hebat disusuli bunyi "drag kekili" yg amat nyaring & panjang.. "NAH!!! APA SUDAH NI???!!!  " kata ku... Aku meronta-ronta bangun sebab kedua tangan ku memegang joran... sebaik sahaja bangun,aku memperbaiki kuda2 ku.. Cosmack segera mengalihkan set joran nya supaya tidak menggangu perlawanan aku.. "TERIMA KASIH FRIEND... Faham jgk kau!!  " kata ku berbisik dalam hati... Tindakan Cosmack mengalihkan set joran nya betul2 tepat pada masanya untuk memberikan aku ruang yg selesa berlawan dengan ikan tersebut... "NI KALI LAH..!!! " kata ku... Benaman/hantaman demi hantaman dikenakan pada set pancing ku... bunyi drag dari kekili SHIMANO ku asyik berdesit & berbunyi,laju walaupun beberapa kali di laras pada kesesuaian yg aku anggap ngam... Sambil memerhatikan benaman & larian ikan tersebut,aku menyebut..  "GT ni..!! " Lama jgk aku cuba mengalahkan ikan ni & apabila kelihatan bayangnya pada permukaan,aku berteriak " IKAN YU!!! " WAHKAKAKAKAKAA!!!  tidak lama,apabila ikan tersebut tewas kepenatan,jelas lah ia adalah  "IKAN KURAU..."  Tekong kapal yg tidak sempat mengambil "siut" merebahkan badan nya pada kapal & menyambut ikan tersebut menggunakan kedua belah tangan nya & terus mencampakkan nya di atas kapal...   "MAKAN BESAR!!!" kata ku... Timbang dulu!!!!  Sama jgk Oooo!!! 3.7kg... aku tersenyum puas...

Sebaik saja ikan di timbang,aku terus memasukkan nya dalam ice-box dalam kapal tu.. set pancing aku kemas.. aku memerhatikan jam tangan... "Baru jam 4"... selepas mengemas,aku berehat sambil memerhatikan Cosmack & Jivoh berjuang sehingga ke saat2 terakhir..




Aku tidak sempat posing di kapal sbb camera nset tidak mengizinkan.. Sampai rumah baru posing bergambar dengan hasil tangkapan.. Selama aku kenal hobi MEMANCING ni,ini lah ikan & hasil yg terbaik pernah aku dapat.. Dengan hasil ni jgk lah,dapat aku kongsi cerita dengan "ANGLERS2" yg Otai untuk menambahkan ilmu sukan Memancing ni.. Dan aku sendiri menganggap,ni lah rekod peribadi aku yg terbaik buat masa ni & menjadi penutup kepada tahun 2010 ni.. SEKIAN TERIMA KASIH kerana sudi melawat blog aku yg tidak seberapa ni... Majulah SUKAN MEMANCING untuk KITA SEMUA... Jumpa lagi...


Terima Kasih kepada COSMACK & JIVOH...
1) Razor Sharp Knife by SURECATCH
2) Boga Grip
3) Tunjuk Ajar menggunakan Reel Baitcast
4) Sokongan Moral
5) Kerana ikut trip

Wednesday, December 15, 2010

Mancing Main-Main..



Saja mau try2 bikin blog sendiri.. kasi masuk gambar2 mancing buat tatapan member2 mancing seluruh negara.. aku bukan nya pemancing tegar macam orang lain cuma sebab dapat hobby baru & dirasakan sesuai untuk aku..

klu org 'otai' mancing,mesti ketawa kan aku punya la sbb baru dapat ikan besar gini dah pun bikin blog itu ini.. tapi itu lah yg aku nama kan "Mancing Main-Main"..
buat masa ni,ini jak la gambar2 yg dapat di 'uplod' dari pc di opis ku ni.. bnyk lgi gambar2 yg lum masuk lagi.. esok lusa klu ada masa,aku tambah lagi lah buat tatapan suma..